KUALA LUMPUR, 18 DIS: Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes Covid-19, seperti yang tular di media sosial ketika ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PUTRAJAYA, 14 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan arahan untuk dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi dalam masa terdekat berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
PETALING JAYA, 12 MAC: Kempen kesedaran awam akan dipertingkat bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mengambil suntikan penggalak Covid-19 menerusi program Vaksin Selangor (Selvax).
Oleh DIANA ABD WAHAB SHAH ALAM, 12 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan rakyat negara ini mendapatkan dos penggalak bagi memastikan mereka mendapat perlindungan daripada jangkitan Covid-19. Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni berkata biarpun negara telah beralih ke...
Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL SHAH ALAM, 10 FEB: Sebanyak 15 rangkaian Klinik Selcare dan THE KL Clinic menawarkan dos penggalak Covid-19 secara percuma. Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Selgate Corporation mempelawa orang ramai mendapatkan dos penggalak itu di klinik berhampiran. [caption...
KUALA SELANGOR, 9 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyeru rakyat mendapatkan dos penggalak pertama dan kedua bagi perlindungan optimum daripada jangkitan Covid-19.
SHAH ALAM, 29 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan orang ramai mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 berikutan wabak itu kembali mengganas di China.
SHAH ALAM, 12 JULAI: Orang ramai yang ingin mendapatkan dos penggalak dan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak secara percuma boleh berbuat demikian menerusi program Vaksin Selangor (Selvax).
KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihati individu yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 agar segera berbuat demikian susulan peningkatan jangkitan kes virus itu sejak kebelakangan ini.
KUALA LUMPUR, 26 JUN: Sebanyak 16,137,205 individu dewasa atau 68.6 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.
LOS ANGELES, 18 MEI: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Selasa meluluskan dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sekurang-kurangnya lima bulan selepas lengkap suntikan vaksin utama.
KUALA LUMPUR, 7 MEI: Sejumlah 894,826 atau 25.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.
KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Sebanyak 16,003,461 individu atau 68 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat semalam.
KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Individu berumur 60 tahun dan ke atas yang memenuhi kriteria bagi dos penggalak kedua akan menerima pautan tempahan secara berperingkat bermula hari ini dalam aplikasi MySejahtera.
SHAH ALAM, 14 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menawarkan dos penggalak Covid-19 kepada remaja berisiko tinggi berumur 12 hingga 17 tahun.
SHAH ALAM, 14 APRIL: Individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi dan berisiko tinggi diberi pilihan untuk mendapatkan dos penggalak kedua, kata menteri kesihatan.
KUALA LUMPUR, 30 MAC: Individu yang hilang status lengkap vaksin bermula 1 April kerana tidak mendapat dos penggalak masih boleh melakukan aktiviti sama seperti mereka yang lengkap divaksinasi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
SHAH ALAM, 28 MAC: Penerima vaksin primer Sinovac berusia 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas diminta segera mendapatkan dos penggalak sebelum 1 April ini.
KUALA LUMPUR, 25 MAC: Sebanyak 15,574,997 individu dewasa atau 66.2 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.
SHAH ALAM, 22 MAC: Dato’ Menteri Besar menasihatkan rakyat Selangor yang belum mendapatkan dos penggalak segera melengkapkan status vaksinasi sebelum 1 April ini.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.